Jugah anak Barieng

Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggung Jugah Anak Barieng,atau juga dikenali sebagai Tun Jugah atau Apai (Ayah dalam Bahasa Iban), dilahirkan di Ulu Kapit, Sarawak pada tahun 1903. Beliau pernah menjadi Ketua Orang Iban dan menubuhkan Parti Pesaka pada tahun 1962. Temenggung Jugah menyokong cadangan penubuhan Malaysia. Beliau menganggotai Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Beliau adalah pemimpin Sarawak yang pertama dilantik menjadi Menteri dalam Kerajaan Malaysia,dengan memegang jawatan Menteri yang menguruskan hal ehwal Sarawak.Beliau kemudiannya menjadi Presiden pertama bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB),sehingga beliau meninggal dunia pada 1981.

Jugah anak Barieng

Lahir 1903
Kapit, Kerajaan Sarawak
Pekerjaan Ahli politik
Didahului oleh Jawatan dibentuk
Digantikan oleh Abdul Taib Mahmud
Pasangan Toh Puan Tiong Anding (meninggal dunia)
Parti politik Parti Pesaka Sarawak (1962-1973)
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (1973-1981)
Anak-anak Sani Jugah (meninggal dunia)
Anchang Jugah
Siah Jugah
Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Jugah
Edmund Erong Jugah (meninggal dunia)
Meninggal dunia 8 Julai 1981, umur 78
Kuching, Sarawak, Malaysia